砂州爱
欢迎您游览砂州爱论坛!希望你会喜欢这里!

Join the forum, it's quick and easy

砂州爱
欢迎您游览砂州爱论坛!希望你会喜欢这里!
砂州爱
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
时间
搜索
 
 

结果按:
 


Rechercher 高级搜索

最新主题
» 教你如何做时尚达人 衣服批发
2008年UPSR最佳的国作 Empty周五 七月 15, 2011 12:50 pm 由 朱猪猪

» 时尚名媛的最爱 生日宴会首选 衣服批发
2008年UPSR最佳的国作 Empty周四 七月 14, 2011 1:26 pm 由 朱猪猪

» 甜美可爱连衣裙 衣服批发
2008年UPSR最佳的国作 Empty周三 七月 13, 2011 12:33 pm 由 朱猪猪

» 衣服批发时尚女人衣 再掀潮流风暴
2008年UPSR最佳的国作 Empty周二 七月 12, 2011 3:18 pm 由 朱猪猪

» 芊秀女装 俏丽复古小鸟图案连衣裙VS西瓜裙摆半身裙
2008年UPSR最佳的国作 Empty周二 七月 12, 2011 12:12 pm 由 朱猪猪

» 明星款复古欧美风 衣服批发!
2008年UPSR最佳的国作 Empty周一 七月 11, 2011 12:28 pm 由 朱猪猪

» 时尚女人衣 再掀潮流风暴
2008年UPSR最佳的国作 Empty周六 七月 09, 2011 1:47 pm 由 朱猪猪

» 时尚靓丽女人的最爱! 夏季最新款衣服批发。
2008年UPSR最佳的国作 Empty周五 七月 08, 2011 1:10 pm 由 朱猪猪

» 个性潮牌T恤 教你如何做时尚达人 衣服批发
2008年UPSR最佳的国作 Empty周四 七月 07, 2011 1:17 pm 由 朱猪猪

数独游戏
有谁在线?
总计有2位用户在线:: 0位注册用户, 0位隐身和 2位游客



[ 查看所有列表 ]


用户同时在线最高记录是70人在周四 九月 05, 2019 7:19 am

2008年UPSR最佳的国作

3 posters

向下

2008年UPSR最佳的国作 Empty 2008年UPSR最佳的国作

帖子 由 小王子 周三 二月 18, 2009 9:38 am

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
小王子
小王子
CEO特助
CEO特助

男
帖子数 : 327
年龄 : 43
奖章 : 2008年UPSR最佳的国作 Medal811
注册日期 : 09-02-16

返回页首 向下

2008年UPSR最佳的国作 Empty 回复: 2008年UPSR最佳的国作

帖子 由 三叶草 周日 二月 22, 2009 5:57 pm

Karangan ini telah mencapai tahap penulisan yang maksimum kerana mempunyai daya imaginasi yang terlalu kreatif. Walaupun karangan dikatakan tidak logik langsung tetapi ia mempunyai plot yang menarik. Bukan semua budak sekolah dapat mencapai tahap ini. Guru perlu memperkembangkan potensi budak ini supaya dia dapat dapat menulis cerita yang kreatif dengan pemikiran yang logik.
三叶草
三叶草
新进员工
新进员工

女
帖子数 : 39
年龄 : 66
性别 : 2008年UPSR最佳的国作 20071213
注册日期 : 09-02-16

返回页首 向下

2008年UPSR最佳的国作 Empty 回复: 2008年UPSR最佳的国作

帖子 由 ying 周一 二月 23, 2009 12:27 pm

Ini merupakan karangan paling "menarik" pernah saya baca... Budak yang menulis karangan ini patut diberi galakan dan bakatnya dalam bidang penulisan harus diasah lagi kerana dia mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang penulisan.

ying
新进员工
新进员工

女
帖子数 : 4
年龄 : 35
性别 : 2008年UPSR最佳的国作 20071213
注册日期 : 09-02-23

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题